De’Nour Beauty merupakan produk kecantikan yang diasaskan oleh Cik Nur Shahirah Zahwan.

,السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Produk penjagaan wajah ini dihasilkan kerana atas permintaan yang tinggi oleh pelanggan terhadap produk yang mampu melindungi dan merawat kulit wajah yang rosak akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang.

Oleh itu, saya rasa inilah masanya untuk kami memikirkan dan mengeluarkan produk yang sesuai untuk semua jenis kulit khususnya kulit sensitif, kulit kusam, kedutan pada kulit wajah dan sebagainya. Produk yang kami keluarkan ini sama sekali tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang terlarang dan juga sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Bahan-bahan yang terkandung dalam setiap produk juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk kami ini dijamin halal dan suci.

Kandungan utama setiap produk yang diformulasikan khusus daripada ‘Spain’ ini mampu menjadikan kulit wajah tampak lebih awet muda dari usia sebenar. Justeru itu, kami memutuskan untuk selitkan satu perkataan ‘Ageless’ yang bermaksud awet muda pada setiap nama item produk sebagai kelebihan utama produk ini.

Nantikan kemunculan produk-produk kami akan datang yang masih mengekalkan konsep bebas bahan kimia terlarang.

Akhir kata, kami amat berharap produk yang kami hasilkan ini dapat memuaskan hati setiap pelanggan dan kami juga akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik untuk semua. وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terima Kasih.

Kecantikan Anda Keutamaan Kami.

Nur Shahirah Zahwan Binti Mohd Zabidi
Pengasas De’Nour Beauty.

Halal & Suci

Produk ini Halal dan suci kerana tiada bahan kimia,anda tidak perlu ragu-ragu dengan bahan semulajadi yang terdapat dalam set De’Nour Beauty.

Inquiry about our product?